Kaunter kurang saman PDRM diserbu orang ramai - Utusan Malaysia

Kaunter kurang saman PDRM diserbu orang ramai

Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan diskaun pembayaran saman sebanyak 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kaunter pengurangan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM)  diserbu orang ramai yang mahu mengurangkan kompaun  pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Sebaik dibuka, lebih 100 pengunjung menunggu giliran di kedua-dua kaunter tersebut.

Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM) antara yang menerima ramai pengunjung.

Program di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan turut diisi dengan  pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menerusi kenyataan di Facebook Malaysia MADANI, ATM akan membawa aset strategik dan kenderaan ringan, manakala APM menampilkan jentera Fire RescueTender (FRT) dan Special Rescue Vehicle (SRV).

MOSTI  pula memaklumkan akan menyedia pencerapan matahari menggunakan teleskop, persembahan interaktif Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dron dan robot kancil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya