KUALA LUMPUR: Kaunter pengurangan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) diserbu orang ramai yang mahu mengurangkan kompaun pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Sebaik dibuka, lebih 100 pengunjung menunggu giliran di kedua-dua kaunter tersebut.
Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM) antara yang menerima ramai pengunjung.
Program di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan turut diisi dengan pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menerusi kenyataan di Facebook Malaysia MADANI, ATM akan membawa aset strategik dan kenderaan ringan, manakala APM menampilkan jentera Fire RescueTender (FRT) dan Special Rescue Vehicle (SRV).
MOSTI pula memaklumkan akan menyedia pencerapan matahari menggunakan teleskop, persembahan interaktif Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dron dan robot kancil. – UTUSAN