Kanak-kanak perempuan 11 tahun meninggal dunia akibat lemas

Kanak-kanak perempuan 11 tahun meninggal dunia akibat lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Banggol Petai, di sini petang tadi.

Dalam kejadian 6.30 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Aisyah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan.

Sementara rakan mangsa dikenali sebagai Mia, 11, masih belum ditemukan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Pegawai Bomba Kanan I Azmi Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.48 petang.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai telah bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR).

“Ketika kami sampai salah seorang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung. Ketika ini operasi SAR masih dijalankan oleh pihak bomba,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya