RANTAU PANJANG: Selepas tiga hari hilang, seorang kanak-kanak perempuan akhirnya ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun di sini pagi tadi.
Mayat Nur Damia Qaisara Mohd. Sabre ditemukan pada pukul 7 pagi oleh penduduk kampung di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak 1 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
Ahli keluarga, Faizol Samsudin, 38, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, mayat Nur Damia Qaisara dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Dusun Petai.
Dalam kejadian 6.30 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Aisyah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan.-UTUSAN