JKM terima peruntukan RM35.8 juta hadapi banjir tahun ini

JKM terima peruntukan RM35.8 juta hadapi banjir tahun ini

NANCY Shukri (dua kanan) diberi taklimat oleh Pengarah JKM Kelantan Said Sidup semasa mengadakan lawatan tinjauan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan sebanyak RM35.8 juta untuk menghadapi bencana banjir semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia melibatkan peruntukan persekutuan sebanyak RM13.7 juta manakala RM22.1 juta untuk peruntukan negeri.

Menurutnya, selain itu sebanyak RM3 juta diberikan kepada JKM untuk pembelian makanan teknologi retort bagi kegunaan makanan mangsa dalam tempoh 24 jam pertama pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS).

“JKM mempunyai lapan buah depoh, 137 stor negeri dan daerah, 60 mini depoh kontena selain 580 pangkalan hadapan yang menempatkan keperluan asas mangsa bencana.

“Empat peranan dan tanggungjawab utama JKM adalah menyedia dan menyelenggara pusat pemindahan sementara mangsa bencana, menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa-mangsa bencana.

“Selain itu, JKM juga menjalankan pendaftaran mangsa bencana untuk pemulihan dan memberi bimbingan termasuk nasihat kaunseling kepada mereka,” katanya pada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), Taman Kemumin di sini hari ini 

Nancy memberitahu, JKM telah mengenal pasti dan menyediakan sebanyak 8,481 PPS di seluruh negara yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta penduduk pada satu-satu masa. 

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 5,063 PPS merupakan premis sekolah dan selebihnya terdiri daripada balai raya dan masjid.

“Bagi melancarkan operasi di PPS, seramai 8,543 sukarelawan JKM digerakkan dan sebanyak 47,635 khemah (collpasible tent) telah disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa bencana.

“Selain itu, seramai 5,167 pegawai dan kakitangan sedia digerakkan pada bila-bila masa dengan dibantu seramai 157 kaunselor dan 864 pasukan sokongan psikologi (PST),” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya