PETALING JAYA: Peningkatan angka kematian rakyat Palestin di Gaza selain ancaman keselamatan terhadap orang awam di tempat terbuka menyebabkan jenazah mangsa kekejaman rejim Zionis terpaksa dikebumikan di mana-mana saja. Itulah keadaan terkini di Semenanjung Gaza khususnya di kawasan sebelah utara wilayah tersebut apabila rakyat Palestin terpaksa mengebumikan ahli keluarganya yang meninggal dunia bukan saja di tepi pasar bahkan di celah-celah lorong. Tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan ancaman penembak tepat rejim Zionis yang ditempatkan di sekitar kawasan Jabalia iaitu utara Gaza. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya