Isu air termenung bukan sebab ECRL - MRL  - Utusan Malaysia

Isu air termenung bukan sebab ECRL – MRL 

Projek ECRL bukan punca air termenung di di Kampung Rawai. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu air termenung di sesetengah kawasan seperti di Kampung Rawai, Terengganu bukan disebabkan halangan tambakan tanah untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). 

Dalam kenyataan kepada Mingguan Malaysia, Jurucakap Malaysia Rail Link (MRL) berkata, masalah itu lebih menjurus kepada ketidakmampuan longkang perparitan sedia ada untuk mengalirkan air secara lancar ke kawasan sungai berdekatan. 

Kata kenyataan itu, ini kerana pihaknya sudah mengambil kira semua aspek sebelum memuktamadkan reka bentuk jajaran Projek ECRL sebelum  laluan itu diluluskan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. 

“Kami mengambil maklum laporan Utusan Malaysia bertarikh 19 Disember mengenai masalah banjir termenung di kawasan yang berdekatan dengan tapak projek ECRL terutama isu di Kampung Rawai. 

“Sukacita dimaklumkan pihak kami sentiasa prihatin dan telah memberi bantuan dengan membina longkang tanah sementara setelah diminta oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat dan Pejabat Daerah Marang bagi melancarkan laluan air dari kawasan terbabit ke longkang perparitan sedia ada.

“Pihak kami sentiasa mengambil berat masalah banjir di Pantai Timur terutamanya di musim tengkujuh dengan memberi kerjasama dan bantuan sekiranya diperlukan sama ada dari pemimpin-pemimpin setempat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti yang kami telah lakukan pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya. 

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, penduduk di 11 rumah di Kampung Rawai menyifatkan banjir kali ini paling buruk kerana terpaksa berdepan dengan situasi banjir termenung hampir sebulan. 

Lazimnya, jika banjir, air di kawasan itu naik sehingga ke paras betis di dalam rumah dan paras pinggang di halaman rumah, namun kembali surut dalam dua atau tiga hari. 

Situasi kali ini bagaimanapun berbeza kerana keadaan air tidak banyak berubah yang mengganggu pergerakan mereka sejak Terengganu dilanda banjir gelombang pertama pada 20 November lepas.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya