Inisiatif Ekonomi Madani dapat markah A - Utusan Malaysia

 Inisiatif Ekonomi Madani dapat markah A

Kaji selidik, inisiatif Ekonomi Madani mendapat marah A.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Hasil kaji selidik  Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Inisiatif Ekonomi Madani Kerajaan Perpaduan diumumkan Kerajaan Madani mendapat markah A.

Kaji selidik  bertajuk ‘Inisiatif Madani: Penerimaan Rakyat’ dijalankan  34 hari bermula 1 November 2023 hingga 4 Disember 2023 dengan mengumpulkan hasil dapatan responden yang rata-ratanya memberi tanda sokongan dengan tindakan yang diambil kerajaan.

Kaji selidik tersebut adalah bertujuan untuk melihat tahap penerimaan rakyat ke atas pelbagai Inisiatif Ekonomi Madani sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022 dan Menteri Kewangan pada 3 Disember 2022.

Seramai 4,606 responden dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata daripada sejumlah 21,473,409 pengundi berdaftar yang diwartakan pada 3 Oktober 2023 merangkumi semua kaum, jantina dan peringkat umur di semua 222 Parlimen di 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Mereka dihubungi secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram serta melalui panggilan telefon) atau ditemu bual secara tatap muka.

TAHAP

Responden ditanya mengenai tahap penerimaan mereka ke atas 30 Inisiatif Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri. Hasil maklum balas  responden menunjukkan Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A, iaitu sebanyak 82 peratus (2457/3000).

Secara spesifiknya, 11 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A+ (90-100), 13 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A (80-89), 2 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A- (75-79), 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah C- (45-49), 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah D+ (40-44), 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah D (35-39) dan 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah F (0-34).

Dapat dirumuskan daripada dapatan kaji selidik ini bahawa aspek Inisiatif Ekonomi Madani yang paling mendapat sokongan ialah usaha Kerajaan Perpaduan membantu golongan yang memerlukan, khususnya kumpulan miskin.

Antara soalan lain yang turut dikemukakan dalam kaji selidik tersebut adalah tahap penerimaan responden kepada inisiatif memotong 20 peratus gaji pokok menteri.

Dari segi tahap penerimaan responden kepada inisiatif memotong 20 peratus gaji pokok menteri, didapati 55 peratus responden sangat menyokong diikuti 39 peratus menyokong berbanding tiga peratus yang tidak menyokong, satu peratus yang sangat tidak menyokong dan dua peratus yang menjawab tidak pasti.

Secara keseluruhannya inisiatif berkenaan mendapat 94 peratus sokongan berbanding 4 peratus bantahan.

Dalam usaha membantu golongan miskin,  inisiatif mendorong BERNAS menyumbang RM60 juta kepada para pesawah miskin yang mendapat 96 peratus sokongan berbanding 2 peratus bantahan.

Inisiatif memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin yang mendapat 93 peratus sokongan berbanding 4 peratus bantahan.

PAYUNG RAHMAH

Bagi Konsep Payung Rahmah pula, ia termasuk Inisiatif Menu Rahmah serta Jualan Rahmah mendapat 92 peratus sokongan berbanding 4 peratus bantahan.

Inisiatif menyalurkan sumbangan tunai kepada seramai 8.7 juta penerima dari golongan B40 melibatkan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah(STR) yang mendapat 92 peratus sokongan berbanding 5 peratus bantahan.

Satu lagi aspek Inisiatif Ekonomi Madani yang paling mendapat sokongan ialah usaha Kerajaan Perpaduan memerangi rasuah.

Dari sudut pandangan umum responden mengenai ekonomi Malaysia pula, kaji selidik inimendapati bahawa seanyak 83 peratus responden menyatakan kepuasan hati mereka dengan kejelasan hala tuju dasar-dasar ekonomi di bawah konsep Malaysia Madani berbanding 7 peratus ketidakpuasan hati.

Sebanyak 78 peratus responden menyatakan keyakinan mereka dengan kemampuan Inisiatif Ekonomi

Madani membawa Malaysia menjadi ekonomi yang kuat berbanding 7 peratus ketidakyakinan manakala  3. 66 peratus responden menyatakan kepuasan hati dengan prestasi Perdana Menteri menguruskan ekonomi Malaysia.

Tahap penerimaan responden kepada inisiatif mewajibkan projek cakna rakyat dan berimpak tinggi yang dilaksanakan secara tender, mendapat 86 peratus sokongan berbanding empat peratus bantahan.

Inisiatif mengurangkan kos projek MRT3 dari RM50 bilion kepada RM45 bilion pula mendapat 81 peratus sokongan berbanding lapan peratus bantahan.

Inisiatif menaikkan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak daripada RM260 juta kepada RM300 juta pula mendapat 86 peratus sokongan dengan lima peratus bantahan.

Inisiatif lain yang mendapat sokongan melebihi 50 peratus adalah memperkenalkan skim perubatan Madani; pemotongan cukai bagi mereka yang berpendapatan tahunan RM35,000 hingga RM100,000 serta menaikkan cukai mereka yang berpendapatan melebihi RM100,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya