KOTA BHARU: Operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini yang ditutup buat sementara waktu pada Selasa lalu akibat banjir kembali beroperasi semula.
Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan berkata, ICQS Rantau itu dibuka semula secara rasmi hari ini.
Pembukaan semula operasi itu akan memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini atau negara jiran.
Sebelum ini, urusan itu hanya boleh dilakukan di ICQS Bukit Bunga (Jeli) dan Pengkalan Kubor (Tumpat).
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat banjir.-UTUSAN