Hujan dua jam, 11 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Hujan dua jam, 11 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat

Jalan menuju ke Taman Molek antara 11 lokasi yang dilanda banjir kilat di Johor Bahru ekoran hujan lebat kira-kira dua jam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hujan lebat kira-kira dua jam petang tadi menyebabkan 11 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan, Skuad Kilat pihak berkuasa tempatan (PBT) telah digerakkan ke semua lokasi terjejas.

Lokasi terlibat ialah Jalan Rosmerah Utama, Jalan Setia 10, Jalan Mutiara Emas Utama, Jalan Mohd. Amin 7 dan ⁠Jalan Setia 11.

“Lokasi lain termasuk Jalan Dato’ Sulaiman, Jalan Harmonium 24, Jalan Datin Halimah, Jalan Skudai, Jalan Tampoi serta Kampung Ubi.

“Sehubungan itu, Skuad Kilat MBJB digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa saluran air tersumbat serta lain-lain bantuan,” demikian menurut MBJB dalam satu kenyataan itu, hari ini.

Para pengguna jalan raya dan warga bandar raya diingatka  supaya sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya