`Henti kongsi gambar, video insiden langgar adik saya' - Utusan Malaysia

`Henti kongsi gambar, video insiden langgar adik saya’

Temu bual Zarul Fitri Muhd Zamri,Abang kepada Mohammad Zaharif Affendi yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor hari ini.FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, yang maut dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, Meru  pada Jumaat lalu meminta semua pihak berhenti menyebarkan gambar dan video insiden berkenaan.

Abang mangsa, Zarul Fitri, 29, berkata, perkongsian memaparkan detik-detik akhir adiknya itu amat mengganggu emosi mereka sekeluarga.

“Saya minta belas ihsan semua yang ada kongsikan video Zaharif sedang nazak di media sosial untuk turunkan (padam) video tersebut.

“Video berkenaan mengganggu emosi kami sekeluarga yang kini semakin stabil. Apabila lihat rakaman itu, ia membuatkan kami yang masih trauma ini ingat semula kejadian berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa di Chemor di sini hari ini.

Terdahulu, keluarga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati itu menerima kunjungan Johari Kassim yang juga Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd. Azlan Helmi Helmi; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Sementara itu, Johari berkata, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah memberi jaminan bahawa proses keadilan bagi kes berkenaan akan dilaksanakan mengikut undang-undang.

“Saya minta pihak media supaya boleh bantu agar tidak tokok tambah cerita ini secara besar-besaran kerana ia akan menganggu proses kehakiman dan keadilan.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia turut bersimpati dengan kejadian ini dan berharap perkara ini tidak berulang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya