Hasilkan lebih banyak produk kraf beridentiti Melaka

Hasilkan lebih banyak produk kraf beridentiti Melaka

NUR ITHNANI ILYANA Alias (kanan) melihat kerja kraf tangan yang dihasilkan usahawan semasa Program Jelajah Kraf Media di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seramai 182 usahawan kraf di negeri ini diseru memperbanyakkan promosi produk kraf tangan beridentitikan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka, Nur Ithnani Ilyana Alias berkata, antara motif yang boleh diketengahkan seperti tangga Melaka, cucuk sanggul, roda kereta lembu dan bunga kesidang.

Katanya, motif atau ikon yang dipilih itu haruslah melambangkan identiti Melaka.

“Saranan di peringkat Kraftangan Cawangan Melaka adalah kita minta usahawan-usahawan menghasilkan lebih banyak produk atau ikon-ikon identiti Melaka. Banyakkan motif tangga Melaka, roda kereta lembu, cucuk sanggul dan bunga kesidang.

“Bunga kesidang merupakan motif bunga rasmi negeri ini. Kita mahu pelancong yang melihat produk ini tahu bahawa itu adalah identiti Melaka,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Kraf Media di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nur Ithnani Ilyana berkata, pihaknya menyasarkan 10 permohonan daripada usahawan kraf untuk mendapatkan Standard Kraftangan Malaysia.

Menurutnya, setakat ini empat usahawan kraf di Melaka telah memperolehi standard tersebut sejak mula diperkenalkan tahun lalu.

“Objektif standard ini dibangunkan adalah untuk memartabatkan industri kraf tangan di Malaysia. Sebanyak tujuh penilaian ditetapkan iaitu produk, keupayaan teknikal, pengeluaran, amalan baik, pengurusan, kewangan dan prestasi perniagaan.

“Empat usahawan yang telah menerima standard ini merupakan batu loncatan kepada lebih banyak permohonan selepas ini. Jadi kami sasarkan 10 permohonan daripada usahawan kraf pada tahun hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya