Hanya 62 mangsa banjir Pasir Mas masih berlindung di PPS

Hanya 62 mangsa banjir Pasir Mas masih berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keadaan banjir di jajahan Pasir Mas semakin pulih apabila hanya 62 orang mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) gual Tok Deh.

SK Gual Tok Deh merupakan PPS tunggal di negeri ini yang masih aktif menempatkan mangsa banjir dari 22 keluarga.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 168 orang mangsa setakat pukul 8 pagi ini berbanding 230 pada malam tadi.

“PPS yang mula dibuka pada 23 November lalu itu menempatkan seramai 21 mangsa lelaki dewasa, 8 (wanita dewasa), 20 (kanak-kanak lelaki) dan 13 (kanak-kanak perempuan),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, cuaca yang baik sejak beberapa hari lalu menyaksikan tiga buah PPS di Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok dan SMK Gual Periok ditutup sepenuhnya pada pukul 3.30 petang semalam

Katanya, bagaimanapun Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang berhampiran Masjid Padang Licin dan Jalan Sk Gual Tok Deh berhampiran padang bola sepak masih ditutup kepada semua kenderaan.

Pada masa sama, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah berhampiran Kampung Tersang dan Jalan Tok Deh-Gual Periuk dekat Kampung Tok Deh turut ditutup kepada semua kenderaan kerana masih ditenggelami banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya