Gempur peniaga online, rampas ubat dan kosmetik tidak berdaftar

Gempur peniaga online, rampas ubat dan kosmetik tidak berdaftar

online
OPERASI Pagea XVI di Malaysia diselaraskan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi menggempur peniaga ‘online’ dan merampas pelbagai jenis ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak ada notis pemberitahuan.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Husin berkata, rampasan itu dilakukan sepanjang Januari hingga Oktober lalu menerusi 62 serbuan di seluruh negeri.

Menurutnya, pada masa sama JKNK turut menerima serahan rampasan berkait barangan tersebut yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk serahan oleh PDRM dan PGA itu dianggarkan berjumlah RM890,372.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati produk-produk tidak berdaftar yang dirampas ini dipasarkan secara meluas atas talian dengan pelbagai janji seperti menurunkan berat badan cepat tanpa senaman atau diet,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, produk tersebut berkemungkinan dicampur dengan ubat terkawal termasuk sibutramine, sejenis racun berjadual di bawah Akta Racun 1952 yang mungkin menyebabkan sakit jantung, strok dan kematian.

Katanya, bagi kosmetik tidak bernotifikasi pula, rata-rata peniaga menjanjikan kesan seperti pencerahan kulit dan rawatan jeragat.

“Kosmetik ini berkemungkinan dicampur dengan racun berjadual seperti merkuri dan hydroquinone yang boleh merosakkan buah pinggang
dan sistem saraf serta meningkatkan risiko kanser kulit,” ujarnya.

Dr. Zaini berkata, peniaga produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi yang ditangkap boleh disabitkan kesalahan bawah Akta Jualan Dadah 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya