Garis panduan baharu bantuan wang ihsan mangsa banjir

Garis panduan baharu bantuan wang ihsan mangsa banjir

DICK Khuzariry Mohamad (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada bakal veteran dan veteran ATM pada Majlis Penyampaian Sijil Perhebat di sebuah hotel di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengemukan garis panduan baharu berkait dengan penyaluran bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir.

Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Dick Khuzariry Mohamad berkata, garis panduan baharu itu akan mula diguna pakai melibatkan banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menurutnya, orang ramai boleh merujuk perkara tersebut dilaman sesawang Nadma untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Penyaluran bantuan akan sedikit berbeza berbanding sebelum ini yang merangkumi bantuan wang ihsan banjir, baik pulih rumah dan wang ihsan kematian.

“Berdasarkan garis panduan baharu yang disediakan NADMA, bantuan pada masa kini hanya ditumpukan kepada wang ihsan banjir berjumlah RM1,000 dan wang ihsan kematian berjumlah RM10,000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di Tunjong, di sini hari ini.

Dick Khuzariry memberitahu, buat masa ini, proses agihan wang ihsan belum dilaksanakan dan pihaknya tidak dapat mendedahkan sama ada peruntukan wang ihsan berkenaan sudah diterima atau belum.

Katanya, pihak kerajaan akan membuat unjuran terlebih dahulu dengan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang biasa terjejas banjir seperti Pasir Mas dan Tumpat bagi mendapatkan jumlah tepat mangsa-mangsa banjir.

“Insya-Allah peruntukan tersebut akan diturunkan berdasarkan bilangan mangsa banjir dengan syarat utama adalah berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Tapisan dan pengesahan mangsa banjir diserahkan kepada jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dan kelayakan mangsa-mangsa banjir sebagai penerima bantuan wang ihsan adalah tertakluk kepada senarai nama yang disediakan oleh PKOB,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya