Futsal persahabatan PWP, Trooper meriah - Utusan Malaysia

Futsal persahabatan PWP, Trooper meriah

PEMAIN PWP bergambar bersama para pemain Trooper dalam perlawanan futsal persahabatan di Arena Futsal UTC, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlawanan futsal persahabatan antara Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Negeri Perlis (Trooper) berlangsung meriah dalam semangat kekeluargaan di Arena Futsal UTC di sini, semalam.

Trooper adalah hasil gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan pemain industri pelancongan di Perlis.

Para pemain kedua-dua pasukan yang mengikuti perlawanan bermula pada pukul 9.30 itu mempamerkan aksi hebat dengan semangat kesukanan yang cukup tinggi.

Perlawanan membabitkan dua pasukan berkenaan yang julung kali diadakan itu adalah bagi mengeratkan ukhwah antara para pemain industri pelancongan dengan pengamal media di Perlis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya