Dua remaja mandi sungai mati lemas - Utusan Malaysia

Dua remaja mandi sungai mati lemas

ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang mangsa mati lemas di Sungai Kaiduan Kinarut, Papar hari ini- Foto/Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Dua remaja lelaki yang seronok bermain air  di Sungai Kaiduan, Kinarut dekat sini hari ini mati lemas

Dalam kejadian pukul 4.40 petang, Maxemanual Jurus, 18, dan Elvin Shane Surazal, 14. Mereka  mempunyai pertalian keluarga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.42 petang dan sepasukan empat pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi  yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP.

Menurut beliau, setiba di lokasi, didapati kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal.

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya turut  memberi rawatan CPR kepada kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini..

Kata Rozlan, kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 5.49 petang oleh pegawai perubatan KKM sebelum mayat kedua-dua remaja itu diserahkan kepada polis.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya