Dua pemilik syarikat ditahan guna butiran palsu untuk raih pelaburan - Utusan Malaysia

Dua pemilik syarikat ditahan guna butiran palsu untuk raih pelaburan

SD Murad dakwa Anwar ada RM3 bilion disiasat tetapi AGC kata tiada pertuduhan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemilik syarikat  ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menggunakan dokumen perjanjian yang mengandungi butiran  palsu bagi tujuan memperdayakan dan mendapatkan wang pelaburan bernilai kira-kira RM200,000.

Butiran palsu itu adalah bagi kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan. 

Satu sumber berkata, kedua-dua individu itu  masing-masing  lelaki dan wanita berusia 40-an dipercayai ditahan  pukul 3.30 petang semalam  di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua individu itu dipercayai secara bersama menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu memperdayakan dua ahli perniagaan termasuk seorang berpangkat Datuk bagi projek pembekalan pasir pada tahun 2022,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan mereka akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya