Dua mayat wanita Orang Asli selamat dihantar pulang ke kampung - Utusan Malaysia

Dua mayat wanita Orang Asli selamat dihantar pulang ke kampung

KENDERAAN Jakoa Pekan menghantar mayat wanita Orang Asli untuk pengebumian ke Kampung Lenjang di perkarangan unit forensik Hospital Lipis di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Dua mayat wanita penduduk Orang Asli Kampung Lenjang dan Kampung Sinderut pedalaman Ulu Jelai di sini selamat dihantar ke kampung masing-masing dari Unit Forensik, Hospital Lipis pagi ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Johari Alwi berkata, mayat Wak Sai Bah Ema, 48, dihantar ke Kampung Lenjang menggunakan kenderaan jabatan itu dari Pekan pukul 8.30 pagi.

“Mayat Erra Fazira Hamzah berusia 27 tahun pula dihantar ke Kampung Sinderut menggunakan kenderaan Jakoa Cameron Highlands, pada pukul 9.45 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Johari, Jakoa Pahang sebenarnya maklum serta cakna masalah yang dihadapi oleh waris berkenaan dan urusan penghantaran kedua mayat itu ke kampung masing-masing segera dilakukan apabila kenderaan membawa berkenaan tiba di Lipis hari ini.

Ujarnya, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang turut membantu termasuk Pejabat Menteri Besar melalui wakilnya di Lipis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya