Dorayakee Bundle jadi tumpuan di Perlis, sambutan luar biasa - Utusan Malaysia

Dorayakee Bundle jadi tumpuan di Perlis, sambutan luar biasa

AL-Amin Ahmad Zubir (kanan) dan Mohd Zambree Ramli (dua dari kanan) melayan pelanggan yang mencari barangan di Dorayakee Bundle, Kangar Jaya, Perlis. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pembukaan Dorayakee Bundle di Perlis yang merupakan antara pusat pakaian terpakai terbesar di negeri ini mendapat sambutan cukup luar biasa.

Hal demikian terbukti apabila pada hari pertama beroperasi 23 Disember lalu, Dorayakee Bundle yang diusahakan tiga anak muda di Kangar Jaya di sini berjaya meraih hasil jualan sehingga RM20,000.

Dorayakee Bundle di Kangar Jaya yang merupakan cawangan kelima itu diusahakan tiga sahabat baik iaitu Al-Amin Ahmad Zubir,35,; Mohd Zambree Ramli,35, dan Ahmad Faris Mohd Shaarani,35,.

Al-Amin berkata, dia tidak menyangka sambutan diterima daripada peminat pakaian terpakai di negeri ini amat memberangsangkan khususnya pada hari pertama beroperasi.

“Perusahaan Dorayakee Bundle ini diusahakan bersama dua lagi sahabat karib sejak tahun 2016 dan sehingga kini kami mempunyai lima cawangan termasuk di Kangar Jaya di sini.

“Sambutan yang diterima di sini sememangnya amat luar biasa dan kami juga agak terkejut dengan penerimaan ditunjukkan oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

PENGUNJUNG memilih pakaian di Dorayakee Bundle, Kangar Jaya, Perlis, yang mula beroperasi pada 23 Disember lalu. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Mengulas lanjut, Al-Amin berkata, dia bersama Mohd Zambree dan Ahmad Faris memilih membuka perusahaan pakaian terpakai disebabkan mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang berkenaan.

Katanya, mereka bertiga juga sanggup meninggalkan pekerjaan dalam bidang profesional sebagai jurutera dan beralih kepada perusahaan pakaian terpakai ini susulan sambutan yang semakin menggalakkan.

“Kami berkongsi minat yang sama dan saban tahun perusahaan yang dijalankan ini semakin berkembang sehingga kami mampu membuka cawangan di negeri-negeri Utara antaranya Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zambree pula berkata, kedai dua tingkat yang diusahakan mereka itu juga banyak memasarkan barangan terpakai dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Korea.

Katanya, antara barangan yang dipasarkan terdiri daripada pakaian lelaki dan wanita, kasut, aksesori dan pelbagai lagi.

“Barang-barang yang dipasarkan di sini diambil daripada beberapa pembekal kami bagi memenuhi permintaan para pelanggan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya