Demam tiga hari selepas nampak buaya hampiri kaki   - Utusan Malaysia

Demam tiga hari selepas nampak buaya hampiri kaki  

MOHD. Saupi Rosli (kanan) menunjukkan lokasi buaya yang ditemui di parit berdekatan pintu air Mak Neralang Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki demam tiga hari kerana mendakwa terlalu  terkejut melihat seekor buaya merangkak menghampiri kakinya ketika memancing di sebuah parit berdekatan pintu air Mak Neralang dekat Sungai Kampung Kok Keli di sini Selasa lalu.

Mohd. Saupi Rosli, 22, berkata, dia masih teringat-ingat dengan kejadian itu apabila tidak menyangka  reptilia tersebut boleh muncul dan berada di kawasan sungai berkenaan.

Dia dari Kampung Alor Tar di sini berkata, mulanya dia  menyangka haiwan yang merangkak naik ke tebing itu adalah biawak dan tidak mempedulikan dengan terus memancing.

“Haiwan  sepanjang dua meter itu terus merangkak dan menghampiri kakinya.

“Saya terkejut apabila rakan yang memancing tidak jauh daripada saya menjerit ‘buaya,buaya. Lari, lari’.

“Nasib baik saya sempat melarikan diri dan melihatnya dari jauh. Saya kemudian merakam video sebagai bukti bahawa ada buaya di parit itu,” katanya ditemui  Utusan Malaysia di Kampung Kok Keli, di sini hari ini.

Mohd. Saupi berkata, ini kali pertama dia terserempak dengan buaya  walaupun kerap memancing di kawasan tersebut yang merupakan lubuk kaki pancing.

Katanya, buaya itu kembali ke dalam parit selepas dia melontarkan rim basikal.

“Alhamdulillah, tiada kejadian buruk. Saya demam  tiga hari kerana terkejut dengan kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, tular satu video yang menunjukkan seekor buaya sedang merangkak di pintu air Mak Neralang.

Video tersebut dirakam oleh pemancing yang terkejut melihat reptilia itu bergerak perlahan sebelum masuk semula ke dalam sungai.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya