Dakwaan 10 projek Rumah Pahang terbengkalai fitnah pembangkang - Utusan Malaysia

Dakwaan 10 projek Rumah Pahang terbengkalai fitnah pembangkang

PEMBINAAN Rumah Pahang di Jengka 11 berjalan lancar dan tiada isu terbengkalai, hanya menunggu masa untuk siap sepenuhnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dakwaan 10 projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di negeri ini yang kini dikenali sebagai Rumah Pahang berada dalam kategori sakit atau terbengkalai adalah fitnah pembangkang bagi menjejaskan reputasi projek perumahan rakyat tersebut.

Pengarah Urusan KMDI Holdings, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, sebelum diambil alih syarikat terbabit, memang projek yang diuruskan oleh Felda itu berdepan masalah dan terbengkalai.

Namun kini katanya, setelah diambil alih oleh KMDI, fasa pembinaan di 10 projek terbabit iaitu di Keratong 7, Jengka 11, Kampung Awah, Bukit Sagu, Sungai Retang, Jengka 1, Kota Gelanggi 2, Jengka 12, Jengka 6 dan Bukit Tajau sedang berjalan.

“Tiada isu rumah terbengkalai membabitkan 10 projek Rumah Pahang berkenaan, ia fitnah yang sengaja dicipta pembangkang.

“Setelah mengambil alih projek ini, KMDI berjuang bersama Lembaga Perumahan Hartanah Pahang (LPHP) untuk memberi golongan B40 memiliki rumah.

“KMDI sendiri telah menjadi panel bank dan juga Kementerian Kewangan melalui produk Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin dilaporkan sebagai berkata, sebanyak 10 projek Rumah Pahang berada dalam kategori sakit atau terbengkalai.

Jasri berkata, kawasan projek terlibat adalah di Keratong 7, Jengka 11, Kampung Awah, Bukit Sagu, Sungai Retang, Jengka 1, Kota Gelanggi 2, Jengka 12, Jengka 6 dan Bukit Tajau.

Kata ADUN Kuala Sentul terbabit, projek terbengkalai terbabit secara keseluruhannya melibatkan 1,850 buah rumah dan dijual dengan harga RM120,000 sebuah.

Mengulas lanjut, Azjuriyahti berkata, setelah diambil alih oleh KDMI, projek Rumah Pahang bermula awal demi menjaga kepentingan pembeli, sepatutnya projek 24 bulan dari perjanjian jual beli.

Berhubung dakwaan terdapat projek yang masih belum mendapat kebenaran merancang (KM) walaupun surat setuju terima (SST) diberi pada Mac 2022 kepada semua kontraktor utama dan dijangka siap dalam masa 18 bulan yang berakhir pada bulan ini, beliau berkata, laporan tentang perkara itu sudah dihantar oleh syarikat terbabit kepada LPHP.

“Status dan perkembangan Rumah Pahang sentiasa kami kemas kini dengan pihak LPHP,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, permasalahan kontraktor sentiasa dipantau KMDI bagi memastikan projek Rumah Pahang berjalan lancar.

“Jika pihak kontraktor dilantik tidak menjalankan kerja walaupun sudah diberi beberapa notis tetapi masih gagal, KMDI terpaksa mengambil alih semula tapak bina demi kepentingan rakyat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.

Jelasnya lagi, proses kelulusan dalam urusan pengeluaran hak milik individu juga perlu dibuat secara berperingkat kerana ia bukan suatu yang mudah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya