Dahulu cuci bangunan, kini jadi polis - Utusan Malaysia

Dahulu cuci bangunan, kini jadi polis

MOHD. RADZI SAFRI dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan pada Program Tamat Latihan Konstabel di Pulapol, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang pemuda bersyukur apabila berjaya mencapai cita-citanya menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Mohd Radzi Safri, 20, demi mencapai cita-citanya, dia tidak berasa rendah diri untuk memohon jawatan tersebut walaupun sebelum itu hanya bekerja sebagai tukang cuci bangunan.

“Saya sebenarnya sudah lama memendam impian memohon untuk menjadi anggota polis sebaik sahaja  tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.

“Namun, tangguhkan hasrat itu kerana ingin bekerja mengumpul duit sendiri dan saya sempat bekerja sebagai tukang cuci bangunan selama setahun di sekitar Mukah, Sarawak.

“Saya tidak sangka kebetulan tawaran untuk menyertai PDRM hadir selepas saya bekerja berdikari menyimpan sedikit duit dan saya terus menerima tawaran untuk menyertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel,” katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol), dekat sini hari ini.

Istiadat tamat latihan itu disempurnakan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan turut dihadiri Komandan Pulapol Segamat, Superintenden Airy Zaidi Nordin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden Ng Swie Chait.

Usaha gigih dan kesungguhan Mohd. Radzi lebih manis apabila dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan pada istiadat tersebut.

“Saya akan memanfaatkan pengetahuan sepanjang latihan untuk menjalankan tugas sebagai anggota polis dengan baik. Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mahu menyertai latihan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebagai pegawai kanan suatu hari nanti,” katanya.

Seramai 349 pelatih lelaki menamatkan latihan selama enam bulan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya