CIQ BSI 'black out' memalukan - MB - Utusan Malaysia

CIQ BSI ‘black out’ memalukan – MB

ORANG ramai terpaksa berbaris panjang dan mengambill masa lama berurusan di BSI ekoran gangguan bekalan elektrik yang berlaku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini amat memalukan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan premis berkenaan merupakan laluan masuk utama di selatan tanah air.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri segera menyelesaikan isu terbabit.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan  di sini.

Terdahulu, pengguna laluan tersebut mengadu dalam media sosial apabila CIQ BSI mengalami gangguan bekalan elektrik selama lebih 12 jam dipercayai bermula pukul 8 malam sehingga 10 pagi.

Dakwa pengguna, insiden itu menyebabkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa berbaris panjang dan lebih lama kerana proses urusan pasport terpaksa dilakukan secara manual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya