Bunuh Zayn Rayyan: Operasi cari bukti diteruskan hari ke-11 - Utusan Malaysia

Bunuh Zayn Rayyan: Operasi cari bukti diteruskan hari ke-11

Zayn Rayyan
ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan diteruskan  polis di lokasi kediaman  Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai yang hilang sebelum ditemui mati dibunuh.

Sepasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 9.30 pagi dipercayai bagi mencari  bukti baharu untuk menjejaki pembunuh. Operasi itu kemudian ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan, usaha mengesan bukti tersebut akan bersambung pada pukul 3 petang ini yang mana turut membabitkan pasukan Unit Forensik.

Meskipun sudah memasuki hari ke-11 anggota polis melakukan siasatan, tumpuan masih terarah pada Blok R yang mana lokasi terakhir Zayn Rayyan dilihat sebelum dilaporkan hilang.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, proses mengesan bukti masih giat dijalankan khususnya di kawasan blok kediaman mangsa.

Menurut beliau, setakat ini tiada perkembangan positif bagaimanapun usaha pencarian barang bukti di tempat kejadian diteruskan.

Tambah Hussein, sebanyak 172 individu sudah dirakam keterangan yang mana membabitkan ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk sekitar.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. 

Justeru, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Utusan melaporkan mayat  Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya