Beberapa laluan di Lembah Klang sesak akibat banjir - Utusan Malaysia

Beberapa laluan di Lembah Klang sesak akibat banjir

HUJAN lebat di sekitar Lembah Klang menyebabkan sebuah pusat beli-belah di Puchong dinaiki air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Beberapa laluan utama sekitar Lembah Klang sesak akibat banjir kilat yang berlaku susulan hujan lebat petang tadi.

Lokasi terjejas dengan banjir kilat berkenaan iaitu Shah Alam, Puchong, Klang dan Subang Jaya.

Antara kawasan yang terjejas ialah susur keluar Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berhampiran Bukit Raja, Klang; Seksyen 7, Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan; Jalan Puchong; Padang Jawa; Jalan Bukit Kuda, Klang.

Turut terjejas Persiaran Kayangan, Seksyen 9 (hadapan Hotel Concorde) dan Persiaran Sukan, Seksyen 13 (hadapan Franchise Ramli Burger).

Selain itu, air turut dilaporkan naik di Persimpangan Puspakom, Seksyen 16, Persiaran Masjid (Bersebelahan Kolam Takungan Seksyen 5) dan Jalan Kapar, Seksyen 27.

Banjir kilat turut menyebabkan beberapa kenderaan terjejas akibat meredah laluan yang dinaiki air.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan orang ramai diminta mengelak menggunakan laluan tersebut dan dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif.

MBSA dalam laman Facebook rasmi memaklumkan, sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, orang ramai boleh menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510 5811.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya