Bapa di lokap, ibu menghilanghkan diri, empat beradik terbiar

Bapa di lokap, ibu menghilangkan diri, empat beradik tinggal terbiar

EMPAT adik beradik etnik Rohingya berusia tujuh bulan hingga tujuh tahun ditinggalkan terbiar selama tiga hari di sebuah rumah di Ampangan, Seremban.-GAMBAR TULAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Empat beradik berusia antara tujuh bulan hingga tujuh tahun ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa selama tiga hari di sebuah rumah di Ampangan, di sini, sebelum diselamatkan penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, JKM Seremban telah mendapat aduan daripada penduduk mengenai empat beradik berkenaan yang ditinggalkan oleh ibu mereka di sebuah taman perumahan daerah ini kira-kira pukul 9.45 malam kelmarin.

Menurutnya, pelindung JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan menghubungi pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) kerana kes adalah pelarian daripada Rohingya yang dilindungi oleh pertubuhan berkenaan.

“Seramai empat orang kanak-kanak berusia tujuh, lima dan dua tahun serta seorang lagi bayi berusia tujuh bulan telah diselamatkan. Ketika diselamatkan keadaan mereka adalah tidak terurus.

“JKM kini menempatkan semua kanak-kanak di tempat selamat sebelum diserahkan kepada ibu atau bapa kandung di bawah pemantauan pihak UNCHR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Rosnah lagi, ibu kanak-kanak telah dikatakan keluar rumah mulai 1 Disember lalu dan tidak kembali, manakala bapa pula berada di lokap dan akan dilepaskan pada hari ini. 

Menurutnya, laporan polis dibuat mengenai kejadian itu dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya