Bantuan baik pulih bumbung, ceriakan kembali keluarga Ester - Utusan Malaysia

Bantuan baik pulih bumbung, ceriakan kembali keluarga Ester

ANGGOTA Skuad Pantas Nilai bertungkus lumus melakukan kerja-kerja baik pulih bahagian dapur kediaman keluarga Ester di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bantuan yang dihulurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Skuad Pantas Nilai bagi membaik pulih bumbung rumah milik Ester Ajis, 29, yang ditimpa musibah ribut baru-baru ini telah mengembalikan keceriaan kepada keluarga itu.

Ester berkata, kejadian pada 18 Disember itu merosakkan sepenuhnya bahagian dapur rumah pusaka didiami di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin di sini itu.

Menurutnya, sejak kejadian itu, dia dan keluarga termasuk suami, Idan Intan, 34, ibunya, Lela Apat, 56, dan anak berusia tujuh tahun terpaksa tinggal di bahagian ruang tamu rumah sahaja.

Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga juga tidak dapat membuat persiapan bagi menyambut perayaan Krismas baru-baru ini.

“Kami pun tidak dapat menyiapkan persiapan perayaan Krismas sebab dapur tidak boleh digunakan dan hanya menyambut perayaan secara ala kadar sahaja,” kata suri rumah itu baru-baru ini.

“Bagaimanapun kami sekeluarga bersyukur Skuad Pantas Nilai sudi datang membantu bagi membuat kerja-kerja baik pulih bumbung rumah dapur kami ini,” kata suri rumah itu baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Skuad Pantas Nilai, Mohd. Redzwan Shujaudin berkata, pihaknya hadir menghulurkan khidmat kerja-kerja pembaikan setelah mendapat maklumat terdapat bumbung dapur sebuah rumah telah diterbangkan ribut.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar juga telah membekalkan bahan serta peralatan untuk menukar bumbung baharu rumah berkenaan. Alhamdulillah, dengan usaha ini, dapatlah sedikit sebanyak menceriakan semula keluarga terbabit dan mereka dapat menggunakan semula bahagian dapur rumah selepas ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya