Banjir: Wanita hampir lemas dihanyut arus deras semasa dapatkan bantuan

Banjir: Wanita hampir lemas dihanyut arus deras semasa dapatkan bantuan

NORISAN Ahmad membawa pakaian untuk berpindah di PPS ketika ditemui di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang wanita dari Kampung Gual Mekong di sini hampir lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir untuk mendapatkan bantuan berpindah ke tempat selamat selepas rumahnya ditenggelami air pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu mangsa Norisan Ahmad 38, sempat meneguk air banjir semasa dihanyutkan arus deras tersebut.

Norisan berkata, peningkatan mendadak air di kawasan kampung menyebabkan dia dan suami, Sakimin Ibrahim, 30, terperangkap di dalam rumah.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia memberanikan diri keluar manakala suaminya masih lagi berkemas di dalam rumah.

“Selepas 100 meter mengharung banjir, saya tidak perasan laluan itu semakin dalam sebelum beberapa kali tenggelam.

“Saya sebenarnya hampir lemas apabila sudah beberapa kali tertelan air banjir. Saya terus menjerit meminta pertolongan. Nasib baik ada penduduk yang menaiki bot terdengar jeritan saya,” katanya ketika ditemui di Bukit Tandak di sini hari ini.

Norisan memberitahu, dia bersyukur apabila penduduk kampung datang dan membawanya ke tempat tinggi.

Katanya, suaminya juga berjaya keluar dengan menaiki bot untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya