Banjir: Ubah solat Jumaat kepada Zuhur

Banjir: Ubah solat Jumaat kepada Zuhur

KERAJAAN Kelantan menambah 2,472 aset sebagai persediaan menghadapi banjir susulan hujan lebat yang dijangka melanda negeri ini bermula bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Solat Jumaat di Masjid As Solihin Mukim Bendang Pak Yong di sini terpaksa diubah kepada solat Zuhur selepas bilangan jemaah tidak mencukupi 40 orang sekali gus gagal memenuhi syarat sah.

Tinjauan mendapati, walaubagaimanapun penduduk tetap ke masjid menaiki bot untuk menunaikan solat selepas kawasan kampung mereka ditenggelami banjir lebih 0.7 meter.

Imam Muda masjid berkenaan, Roszaidi Abdul Rashid, berkata, solat Jumaat tidak dapat dilakukan selepas hanya 30 orang jemaah sahaja yang hadir.

Menurutnya, hal ini kerana kebanyakan ketua isi rumah (KIR) berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan kediaman mereka ditenggelami banjir.

“Setelah menunggu dalam tempoh waktu, jemaah yang datang tidak memenuhi syarat sah Jumaat. Jadi kita buat keputusan untuk melaksanakan solat Zuhur,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

 

SETIAP kali banjir penduduk akan tetap keluar menjalankan tanggungjawab untuk menunaikan solat Jumaat meskipun pekarangan Masjid As Solihin Mukim Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan hari ini ditenggelami banjir.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Sementara itu, seorang penduduk, Kasim Omar, 68, memberitahu, walaupun terpaksa menaiki bot untuk ke masjid namun ia bukan halangan untuk menunaikan solat Jumaat.

Katanya, bagaimanapun solat Jumaat terpaksa ditukar kepada Zuhur selepas kekurangan jemaah.

“Tahun lepas dapat menunaikan solat Jumaat seperti biasa walaupun pekarangan masjid masih ditenggelami air kerana ketika itu ia semakin surut.

“Kali ini air masih banyak kerana banjir baharu melanda dua hari lalu,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya