Banjir: Penduduk di empat buah kampung terputus hubungan

Banjir: Penduduk di empat buah kampung terputus hubungan

ANGGOTA ATM membantu membawa penduduk yang terjejas dengan banjir selepas jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Lebih 1,000 penduduk di empat buah kampung terputus hubungan sejak Ahad lalu selepas jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang di sini ditenggelami banjir.

Empat buah kampung terlibat ialah Tanjong Kala, Pasir Jering, Kebun Pisang, Sungai Tasan dan Kuala Pertang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk menggunakan bot sebagai pengangkutan alternatif untuk urusan keluar masuk selepas air dilihat mulai surut.

Bagaimanapun, arus sungai Kuala Pertang masih lagi deras menyaksikan penduduk terpaksa berwaspada setiap kali melalui kawasan tersebut.

Turut kelihatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu memindahkan penduduk yang terjejas ke kawasan selamat.

Seorang penduduk Saaidi Ibrahim, 49, berkata, jambatan yang merupakan nadi utama penduduk di empat buah kampung itu mula tenggelam sejak Ahad lalu.

Katanya, melihat kepada situasi cuaca yang tidak menentu dia membuat keputusan untuk menumpang di rumah saudara bagi mengelakkan dari terperangkap.

“Lagipun saya orang dan isteri bekerja. Mahu atau tidak itulah realiti yang perlu dihadapi,” katanya.

Sementara itu, Rohadi Yusof, 58, memberitahu, sudah tiga hari penduduk di sini terputus hubungan selepas jambatan tersebut ditenggelami banjir.

Katanya, berpandukan kepada cuaca semasa penduduk menjangkakan jambatan akan tenggelam selama seminggu lagi.

“Nak menyeberangi sungai menggunakan bot saya tidak berani kerana arus terlalu deras,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya