Banjir: Pasir Mas paling teruk terjejas

Banjir: Pasir Mas paling teruk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jajahan Pasir Mas merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan banjir ketika ini apabila seramai 4,511 orang mangsa berlindung di 11 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, kesemua mangsa itu terdiri daripada 1,454 keluarga.

“Bagaimanapun, di Tanah Merah seramai 19 mangsa dari lapan keluarga masih berlindung di sebuah PPS.

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan ketika ini 4,530 orang,” katanya.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di tahap bahaya meskipun tren menurun.

Sungai-sungai utama lain di negeri ini kekal di paras normal kecuali Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat masih berada di tahap berjaga-jaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya