Banjir landa Tanah Merah, Jeli

Banjir landa Tanah Merah, Jeli

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang melakukan pemantauan paras air Sungai Galas di Batu Papan, Kampung Lembaga, Gua Musang, Kelantan hari ini.-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jajahan Tanah Merah dan Jeli menjadi kawasan terbaru di negeri ini yang dilanda banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 10.30 pagi tadi memakluman lima buah pusat pemindahan sementara telah dibuka di jajahan Jeli manakala satu di Tanah Merah.

Menurutnya, sehingga kini seramai 394 mangsa di kedua-dua jajahan itu sedang berlindung di enam PPS.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 197 orang, diikuti SK Jeli 1 (137), SK Legeh (15), SK Kuala Balah (14) dan SK Bukit Jering (11).

“Sementara di Tanah Merah, SK Lawang merupakan PPS tunggal setakat ini yang menempatkan seramai 20 mangsa,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, setakat pukul 11 pagi empat batang sungai di negeri ini melepasi paras bahaya.

Sungai tersebut ialah Sungai Kelantan di Aring Gua Musang, Sungai Pergau (Jeli), Sungai Lanas (Jeli) dan Sungai Golok (Tanah Merah).

Sementara Sungai Kelantan di Lebir (Gua Musang), Sungai Galas (Kuala Krai), Sungai Galas di Dabong (Kuala Krai), Sungai Kelantan di Kusial (Tanah Merah), Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) dan Sungai Semerak (Jambatan Melor, Bachok) melepasi paras berjaga-jaga.

Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok (Rantau Panjang) pula melepasi bacaan amaran.

Lain-lain sungai berada pada bacaan normal-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya