Banjir: Laluan KM 34, Jalan Kota Tinggi-Mersing dibuka semula - Utusan Malaysia

Banjir: Laluan KM 34, Jalan Kota Tinggi-Mersing dibuka semula

KEADAAN jalan di Kilometer 34, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Kilang Sawit RISDA ditutup kepada semua jenis kenderaan ringan akibat banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Laluan di Kilometer 34, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Kilang Sawit RISDA yang ditutup kira-kira lima jam kepada semua jenis kenderaan ringan sejak pukul 11 pagi tadi akibat banjir, kini dibuka semula.

Laluan terbabit dibuka semula kira-kira pukul 4 petang tadi kepada semua jenis kenderaan selepas keadaan air surut.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintenden, Abdul Razak Abdullah Sani berkata, banjir itu terjadi disebabkan limpahan air dari Sungai Ambat.

“Ketika kejadian tiada hujan, tetapi jalan tersebut dinaiki air akibat limpahan dari Sungai Ambat. Jalan itu ditutup untuk semua jenis kenderaan ringan dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat ekoran limpahan air di atas jala,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati semasa melalui jalan raya yang dinaiki air.

Sekiranya memerlukan bantuan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) IPD Mersing menerusi talian 07-7993507 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya