RANTAU PANJANG: Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di sini ditutup secara rasminya hari ini.
Penutupan PPS itu menyaksikan seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2 petang.
Kesemua mangsa ini merupakan penduduk dari Kampung Bangol Perol, Tok Deh.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, kesemua sungai-sungai utama di negeri ini kembali ke paras normal sebagaimana sebelum ini.
“Sungai Semerak, Pasir Puteh yang berada pada paras amaran padi tadi sudah kembali ke paras normal,” katanya.
Dalam perkembangan lain, urus niaga di zon bebas cukai Rantau Panjang beroperasi seperti biasa.-UTUSAN