KOTA BHARU: Keadaan banjir di negeri ini semakin serius apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara PPS meningkat kepada 2,644 orang berbanding 2,094 setakat pukul 8.40 malam semalam.
Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 8.15 pagi tadi, kesemua mangsa daripada 802 keluarga itu kini berlindung di 14 buah PSS melibatkan jajahan Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah dan Kota Bharu.
Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas menjadi jajahan paling teruk apabila menempatkan 2,370 orang mangsa, diikuti Bachok (221), Tanah Merah (22), Kota Bharu (19) dan Machang (12).
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi tahap amaran dan berada di tahap 10.33 meter walaupun masih bertahan
Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Semerak, Pasir Puteh sudah melepasi tahap berjaga-jaga manakala lain-lain kembali normal.-UTUSAN