Banjir: Jalan Lojing-Gua Musang ditutup

Banjir: Jalan Lojing-Gua Musang ditutup

JALAN Lojing-Gua Musang, Kelantan ditutup semula kepada semua kenderaan selepas ditenggelami banjir hari ini-IHSAN JKR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami banjir susulan hujan lebat.

Penutupan laluan itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya Gua Musang menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook agensi berkenaan.

“Ia melibatkan jarak sejauh 100 meter dan kedalam air pula 2.5 meter,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan lebih 300 pengguna Jalan Gua Musang-Lojing di Pos Blau di sini, terkandas lebih enam jam selepas laluan berkenaan dilimpahi air sungai susulan hujan lebat.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, melibatkan pengguna yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh Perak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd. Syahbuddin Hashim ketika dihubungi meminta pengguna laluan ke Cameron Highlands itu supaya sentiasa peka dengan situasi semasa ketika ini.

Katanya, beliau juga meminta pihak berkenaan terutama JKR dan Roadcare (M) Sdn. Bhd supaya mengemaskini maklumat laluan berkenaan untuk memudahkan pengguna.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya