Banjir: ICQS Rantau ditutup sementara waktu

Banjir: ICQS Rantau ditutup sementara waktu

NOTIS penutupan operasi ICQS Rantau Panjang akibat banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat banjir.

Bahagian Perancangan Startegik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata, penutupan itu berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun urusan keluar masuk ke negara ini atau negara jiran masih boleh dilakukan di ICQS Bukit Bunga (Jeli) dan Pengkalan Kubor (Tumpat).

Ujarnya, tarikh operasi ICQS Rantau Panjang akan dimaklumkan selepas ini.

“Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi ketika ini.

“Namun, perkhidmatan feri di ICQS Pengkalan Kubor tidak beroperasi pada hari ini dan esok.
Perkhidmatan bot untuk urusan keluar masuk diantara kedua-dua masih boleh beroperasi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya