Banjir di Rantau Panjang terkawal

Banjir di Rantau Panjang terkawal

ANGGOTA polis mengawal lalulintas di selepas jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Kelantan ditutup akibat banjir-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

rPASIR MAS: Situasi banjir yang melanda Rantau Panjang ketika ini terkawal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Superintandan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata banjir yang tidak berlaku tidak seburuk sebelum ini.

“Untuk makluman, pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif

sebanyak 24 buah dengan jumlah mangsanya seramai 7, 698 mangsa.

“Berbanding banjir sebelum ia mencecah 11,000 mangsa banjir yang berpindah di 40 PPS.

“Justeru itu netizen jangan membawa isu yang salah dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan polis,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Repek di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir masih diteruskan lagi dengan kekuatan anggota seramai 159 orang termasuk 9 pegawai.

“Ia melibatkan anggota bomba, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan hari ini Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut membantu,” katanya.

Menurutnya lagi, keadaan paras air dalam keadaan mendatar dengan sungai Golok berada diparas 11.04 meter serta hujan renyai di daerah ini.

Katanya, dalam situasi ini akan ada lagi mangsa yang berpindah selain pertambahan PPS dibuka.

Beliau memaklumkan Jalan Pasir Mas -Rantau Panjang ditutup kepada semua kenderaan ringan berikutan air naik setinggi satu meter.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya