Banjir di Pasir Mas masih meruncing

Banjir di Pasir Mas masih meruncing

HASMIDA Kamaruddin tetap fokus membuat persiapan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun terpaksa berbuat demikian di PPS Gual To' Deh, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di Pasir Mas masih lagi meruncing apabila seramai 5,164 masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 5,381 setakat pukul 4 petang semalam.

Walaupun mangsa banjir bekurangan sebanyak 217 orang, namun penduduk tetap perlu berwasapa dengan perkembangan situasi cuaca semasa yang tidak menentu ketika ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa itu terdiri daripada 1,621 keluarga yang berlindung di 15 PPS.

“Daripada jumlah tersebut SK Sri Rantau Panjang 2 menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 1192 orang diikuti SK Gual To’Deh (901), SK Gual Tinggi (347), SK Gual Periok (511) dan SMK Baroh Pial (477).

“SK Sri Kiambang pula menempatkan 412 orang, SK Gual Sitok (304), SK Lati (239), Masjid Mukim Padang Licin (255), Madrasah Tasek Bakong (194), SMK Gual Periok (144), SK Kedai Tanjong (78), Masjid Lubok Gong (47) Sekolah Menengah Agama Lati (38), SK Kok Pauh (11) Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (44) dan Masjid Baitul Rahman (9),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu masih melepasi bacaan paras bahaya.

Bagaimanapun, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pada bacaan berjaga-jaga.

Lain-lain sungai utama di negeri ini berada pada tahap normal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya