Banjir di Pasir Mas makin pulih

Banjir di Pasir Mas makin pulih

MOHD. Ayub Kamarulzaman menggunakan perahu untuk memantau keadaan banjir di rumah di Kampung Serongga, Pasir Mas, Kelantan, semalam. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di jajahan Pasir Mas semakin pulih apabila 1,495 mangsa masih berlindung di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa itu dari 502 keluarga.

Menurutnya, enam PPS yang masih aktif ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin dan SK Kedai Tanjong.

“SK Gual Tok Deh menempatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 559 orang, diikuti Masjid Mukim Padang Licin (320), SK Gual Periok (249), SK Baroh Pial (224), SMK Gual Periok (108) dan SK Kedai Tanjong (35),” katanya.

Sementara itu, semua sungai-sungai utama di negeri ini termasuk Sungai Golok, Rantau Panjang kembali ke paras normal.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan media semalam melaporkan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh dijangka bermula pada 11 November ini sehingga Mac tahun hadapan.

Dalam tempoh itu, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari depan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya