Banjir di Pasir Mas makin baik

Banjir di Pasir Mas makin baik

SITUASI banjir semakin pulih apabila semakin ramai mangsa di Pasir Mas, Kelantan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di jajahan Pasir Mas semakin baik apabila jumlah mangsa banjir berkurang kepada 3,230 orang berbanding 3,807 setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi ini kesemua mangsa daripada 990 keluarga itu berlindung di 10 buah PPS.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 901 orang diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (507), SK GUal To’Deh (501) dan SK Sri Kiambang (421).

“Sementara Masjid Mukim Padang Licin pula menempatkan mangsa banjir seramai 258 orang, Madrasah Tasek Bakong (194), SK Gual Tinggi (174), SMK Gual Periok (119), SK Kedai Tanjong (81), dan Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (74),” katanya.

Dalam pada itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi bacaan paras bahaya walaupun semakin menurun.

Sungai-sungai utama lain kekal pada bacaan normal kecuali, Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu yang melepasi paras bahaya dan Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) tahap berjaga-jaga.

Dalam perkembangan lain, urus niaga di zon bebas cukai Rantau Panjang beroperasi seperti biasa dan banjir hanya melibatkan kawasan kampung sahaja.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya