RANTAU PANJANG: Banjir gelombang ketika menyaksikan kira-kira 90 peratus kawasan di Rantau Panjang ditenggelami air sejak Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, situasi banjir di sini masih dalam pemantauan dan kawalan bagi memastikan keselamatan penduduk terjaga
“Meskipun terjejas akibat banjir, Rantau Panjang masih selamat dan keadaan di kawasan itu semakin baik sejak semalam.
“Saya ambil maklum dan bimbang dengan keadaan di Rantau Panjang kerana ia merupakan kawasan perdagangan dan laluan orang Malaysia ke Thailand. Jadi, banyak kemungkinan risiko berlaku di sini,” katanya pada sidang di depan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) di sini semalam.
Zainal memberitahu, jika cuaca baik tanpa hujan lebat berterusan, banjir dijangka akan surut dalam tempoh terdekat
“Paras air Sungai Golok juga semakin menurun sekali gus akan menyebabkan banjir di kawasan ini surut. Mungkin ia akan mengambil sedikit masa kerana banyak kawasan di Rantau Panjang terjejas kali ini.
“Bagaimanapun, kita menjangkakan kawasan lain akan berisiko untuk banjir selepas ini iaitu Pasir Mas dan Pengkalan Kubor,” ujarnya.-UTUSAN