PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan rombakan Kabinet esok dengan majlis angkat sumpah akan dilakukan pada sebelah petang.
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan yang terbabit dengan rombakan itu akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Difahamkan, rombakan dijangka menyaksikan kemunculan beberapa muka baharu dan lama bakal mengisi kedudukan dalam Kabinet dan senarai Timbalan Menteri.
Antara yang pasti dalam rombakan tersebut ialah pengganti kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Antara nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari iaitu Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifly Ahmad.– UTUSAN