Anwar lulus peruntukan segera baiki kerosakan benteng, bina terowong air

Anwar lulus peruntukan segera baiki kerosakan benteng, bina terowong air

ANWAR Ibrahim (kanan) menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerajaan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM6 juta bagi membaikpulih kerosakan bentang dan membina terowong air di Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerja-kerja membaik pulih benteng yang pecah itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta.

“Baki selebihnya daripada peruntukan itu akan digunakan bagi membina terowong air di dua lagi lokasi yang berbeza,” kepada pemberita semasa sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan. Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu, projek ini akan disegerakan bagi meredakan tekanan banjir di kawasan Rantau Panjang.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk Rantau Panjang yang terkesan dengan banjir mendesak kerajaan mewujudkan lebih banyak terowong air di projek Lemba­ngan Sungai Bersepadu (PLSB) Su­ngai Golok di sini bagi mengatasi masalah banjir termenung setiap kali musim tengkujuh.

Dakwa penduduk, situasi itu menyebabkan mereka terpaksa berlindung lebih lama di pusat pemindahan sementara (PPS) sekali gus mengundang rasa kurang selesa.

Pada masa sama, mereka mendakwa turut berdepan masalah penyakit kulit apabila terpaksa mengharungi banjir termenung setiap mahu pulang untuk melihat keadaan rumah.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Banjir Rantau Panjang, Mohd. Ariffin Ismail berkata, langkah tersebut dilihat mampu mengurangkan kesan banjir yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di lebih 10 buah kampung sementara menunggu projek tersebut siap sepenuhnya.

Menurutnya, jika tiada usaha segera berkemungkinan besar lebih banyak kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya