Amizar angkat sumpah ADUN Pelangai - Utusan Malaysia

Amizar angkat sumpah ADUN Pelangai

AMIZAR Abu Adam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang baharu, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini.

Amizar yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober lalu, Amizar yang juga calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau mendapat 7,324 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 47 undi.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Dalam pada itu, Mohd. Sharkar merakamkan ucapan tahniah kepada Amizar atas pelantikan sebagai ADUN Pelangai yang baharu.

“Tahniah kepada ADUN Pelangai yang baharu mengangkat sumpah hari ini dan tahniah juga kerana menang kerusi Pelangai kerana ia dianggap satu ujian getir bagi kerajaan Perpaduan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya