Ahmad Samsuri rai kemenangan bersama ribuan penyokong - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri rai kemenangan bersama ribuan penyokong

AHMAD SAMSURI Mokhtar (tengah) disambut meriah ribuan penyokong Pas di Arena Square Kemaman di Chukai, Kemaman, Terengganu. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Dewan Arena Square Kemaman di Chukai dekat sini bagi meraikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada pukul 9.20 malam ini

Menteri Besar Terengganu itu disambut ribuan penyokong dengan laungan takbir dan selawat.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.30 malam menyaksikan Ahmad Samsuri
meraih majoriti sebanyak 36,920 undi
berbanding majoriti yang diperoleh penyandang kerusi itu 27,179 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15, tahun lalu.

Jumlah undi yang diperolehi Ahmad Samsuri setakat ini adalah sebanyak 64, 475 undi sementara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hanya memperoleh 27,555 undi.

Ahmad Samsuri dan penyokongnya akan berarak ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman untuk pengumuman rasmi oleh Pengurus Bahagian PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya