Ahad sekolah buka, segera baik jalan runtuh - Utusan Malaysia

Ahad sekolah buka, segera baik jalan runtuh

KEADAAN jalan yang runtuh ekoran hujan lebat berterusan menyebabkan penduduk di Kampung Janggut Seberang, Jeli, Kelantan. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kira-kira 50 buah keluarga di Kampung Janggut Seberang, di sini terputus hubungan apabila  jalan utama untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan runtuh petang semalam.

Tinjauan  mendapati, keseluruhan struktur jalan itu runtuh sehingga tidak boleh dilalui dan ramai berharap kejadian itu segera dibaiki lebih-lebih Ahad ini sekolah dibuka semula.

Seorang penduduk Mohd. Ayub Zakaria, 43, berkata, runtuhan pukul 5 petang  itu disebabkan arus sungai deras dan hujan lebat sejak dua hari lalu. 

Menurutnya, penduduk mula menyedari berlaku runtuhan kecil kira-kira pukul 9 pagi sebelum berlaku runtuhan lebih teruk pada sebelah petang.

“Keadaan itu membimbangkan kami kerana laluan tersebut sudah tidak selamat. Runtuhan mungkin akan berlaku lagi jika  hujan lebat berterusan,” katanya ketika ditemui di Kampung Janggut Seberang, di sini hari ini.

Mohd. Ayub berkata, ketika ini, penduduk bergotong-royong membuat laluan pejalan kaki di satu kawasan kebun penduduk bagi memudahkan keluar dan masuk untuk membeli barangan keperluan harian.

Bagaimanapun, katanya,  penduduk juga perlu lebih berhati-hati menggunakan laluan berkenaan kerana tanahnya yang licin dan  berhampiran dengan kawasan runtuhan.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Adam Mohd Haslan, 15, berkata, dia sangat berhati-hati setiap kali melalui jalan berkenaan kerana  kawasan berkenaan pernah berlaku runtuhan kecil sebelum ini.

“Runtuhan kali ini agak teruk kerana melibatkan keseluruhan jalan.  Ahad  ini  pula sekolah akan dibuka.

“Keadaan itu sudah tentu menyusahkan kami untuk menghantar anak ke sekolah memandangkan tiada laluan lain untuk dilalui buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah menerusi laman sosial Facebook memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil sudah melakukan tinjauan dan perkara berkenaan sudah dalam perhatian pihak berwajib.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya