500 penduduk mahu laluan baharu ganti jambatan Pasir Jering

500 penduduk mahu laluan baharu ganti jambatan Pasir Jering

PENDUDUK kembali menggunakan Jambatan Pasir Jering, Kuala Krai yang sudah dibaiki selepas runtuh sebelum ini.-YATIMIN/ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Lebih 500 penduduk dari empat buah kampung di sini mendesak kerajaan untuk membina laluan baharu bagi menggantikan fungsi jambatan di Sungai Jering di sini.

Penduduk di empat buah kampung iaitu Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Batu Pagar memberitahu mereka sudah tidak sanggup untuk terputus hubungan setiap kali hujan lebat lebih daripada dua jam.

Seorang penduduk Norasmizan Hassan, 47, berkata, walaupun sebahagian jambatan yang runtuh akibat banjir sebelum ini sudah dibaik pulih namun ia langkah itu bukan penyelesaian terbaik.

Menurutnya, hal ini kerana masalah tersebut turut berlaku diluar musim tengkujuh.

“Sebab itulah kami merayu pihak kerajaan untuk menyediakan laluan baharu untuk kemudahan penduduk di sini.

“Pembinaan laluan baharu ini merupakan penyelesaian terbaik kepada masalah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Norasmizan memberitahu, kejadian itu merupakan kali pertama sepanjang dia menetap di kawasan tersebut.

Katanya, semasa bah kuning 2014 lalu melanda kawasan tersebut jambatan berkenaan tidak pernah runtuh.

Sementara itu Penghulu Mukim Chelunang Mat Jusoh Mat Noor berkata, perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, laluan baharu merupakan penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya