11 stesen minyak di Johor tiada bekalan diesel - Utusan Malaysia

11 stesen minyak di Johor tiada bekalan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengenal pasti 11 stesen minyak di beberapa daerah berdepan ketiadaan bekalan minyak diesel, sejak semalam.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, daerah terlibat adalah di Batu Pahat dengan empat stesen minyak, Johor Bahru (4), Kota Tinggi (2) dan Segamat (1).

Justeru, pihaknya kini giat melaksanakan kerja-kerja menambah bekalan dengan pemantauan berterusan melibatkan syarikat terbabit.

“Hanya sebilangan kecil stesen minyak yang didapati berlaku kekurangan stok diesel. Bekalan itu bagaimanapun telah ditambah bermula semalam dan disambung hari ini.

“Kebanyakan stesen minyak tidak berdepan masalah bekalan diesel dan tiada masalah untuk menampung permintaan bekalan diesel,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali memberitahu, beberapa stesen minyak yang berdepan masalah terputus bekalan diesel akan menerima bahan bakar itu dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam.

Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad dalam satu kenyataan mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel. 

Pihaknya turut menjangkakan masalah itu akan berterusan hingga 31 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya